Satu kumpulan yang sanggup
membuang ego lalu duduk bersama2 mereka di pendalaman hanya kerana perintah
Allah untuk disampaikan kepada mereka.Tahukah kita berapa banyak habuan mereka
perolehi.Seorang manusia yang berjaya diislamkan,Allah berikan pahala seribu
bulan padanya.Tapi pada tanganku seorang pun belum lagi ya Allah. Jadikanlah aku seorang yang mempunyai contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam dan jangan dipalitkan aku dengan akhlak yang buruk ya Allah.
Aku mohon kepada mu yaAllah,jika diri ku ini engkau
kasihani,engkau campakkan sedikit kekuatan untuk ku agar aku menjadi hambaMu
yang ada peranannya didunia ini dan janganlah Engkau jadikan aku hanya setakat
begini yaAllah yang sentiasa mengejar keuntungan dunia.Mengejar duit sehingga
tiada masa untuk memikirkan Mu.
Walaupun sehebat mana kuasa kita, pangkat kita, harta kita, paras rupa kita dan kegagahan kita tetapi adakah kita sehebat mualim ini yang berjaya mengislamkan begitu ramai masyarakat asli Papua New Guinea.
Adakah kita ?setabah,segagah,secekal,setekun,seusaha,sesabar,seikhlas,sesanggup,seberani,sesusah dan bermacam se...lagi seperti mualim ini. Tepuk dada tanyalah iman.
semoga bermanfaat.
Terima kasih kepada md daud yusri (www.dadiydoo.com) kerana perkongsian ini.
No comments:
Post a Comment